Sunday, 31 May 2015

Kebakaran Kawasan Perlombongan Centralia















Kebakaran Kawasan Perlombongan Centralia

Kebakaran kawasan perlombongan Centralia adalah kebakaran arang batu yang telah terbakar dibawah bandar kecil di Centralia, Pennsylvania, Amerika Syarikat sejak Mei 27 1962. Puncanya ialah kebakaran yang disyaki berpunca dari pembakaran sampah yang terkena jaliran arang didalam gua. Api membakar dibawah perlombongan arang batu bawah tanah pada kedalaman lebih 300 kaki dan sepanjang 8 batu merentasi 3,700 ekar. Sehingga tahun 2015, api terus membakar.Pada kadar kini, ianya boleh membakar lebih 250 tahun. Kebakaran menyebabkan kesemua penduduk bandar itu meninggalkan bandar tersebut. Populasi menjunam dari 2,791 pada 1890 sehingga 7 pada 2013, dan kebanyakkan bangunan telah pun diratakan. Suhu atmosfera mencecah 540 darjah celcius serta udaranya penuh dengan karbon monoksida yang beracun.

Sumber :  http://www.mnn.com/earth-matters/wilderness-resources/photos/10-places-ruined-by-man-made-catastrophes/centralia-pa

No comments:

Post a Comment