Sunday, 31 May 2015

Kebakaran Kawasan Perlombongan Centralia















Kebakaran Kawasan Perlombongan Centralia

Kebakaran kawasan perlombongan Centralia adalah kebakaran arang batu yang telah terbakar dibawah bandar kecil di Centralia, Pennsylvania, Amerika Syarikat sejak Mei 27 1962. Puncanya ialah kebakaran yang disyaki berpunca dari pembakaran sampah yang terkena jaliran arang didalam gua. Api membakar dibawah perlombongan arang batu bawah tanah pada kedalaman lebih 300 kaki dan sepanjang 8 batu merentasi 3,700 ekar. Sehingga tahun 2015, api terus membakar.Pada kadar kini, ianya boleh membakar lebih 250 tahun. Kebakaran menyebabkan kesemua penduduk bandar itu meninggalkan bandar tersebut. Populasi menjunam dari 2,791 pada 1890 sehingga 7 pada 2013, dan kebanyakkan bangunan telah pun diratakan. Suhu atmosfera mencecah 540 darjah celcius serta udaranya penuh dengan karbon monoksida yang beracun.

Sumber :  http://www.mnn.com/earth-matters/wilderness-resources/photos/10-places-ruined-by-man-made-catastrophes/centralia-pa

Fakta menarik mengenai logam berat! Plumbum




Fakta menarik mengenai logam berat! Plumbum.
Plumbum adalah elemen kimia dalam kumpulan karbon dengan simbol "Pb" (Dari bahasa Latin : Plumbum) dan nombor atomik 82. Plumbum adalah lembut, mudah dibentuk. Plumbum digunakan untuk pembinaan bangunan, bateri asid-plumbum, peluru, pemberat dan sebahagian pateri, timah dan aloi boleh lakur, dan juga sebagai perlindungan radiasi. Jika dimakan, plumbum adalah merbahaya kepada haiwan dan manusia, merosakkan sistem saraf dan menyebabkan gangguan otak. Plumbum yang berlebihan juga menyebabkan gangguan didalam darah pada mamalia. Plumbum adalah neuro-toksin yang berkumpul dalam kedua-dua tisu lembut dan tulang. Keracunan plumbum telah direkodkan pada zaman Rom purbakala, Yunani purba, dan Cina purba.

Gambarajah diatas
menunjukkan plumbum digunakan sebagai perisai dari sinaran radiasi

Friday, 22 May 2015

Maklumat best tentang badan anda yang anda ambil ringan!







Maklumat best tentang badan anda yang anda ambil ringan!

1.  Otak menggunakan suku oksigen dari oksigen yang digunakan didalam badan manusia.

2.  Jantung anda berdenyut sekitar 100,000 kali sehari. 3,650,000 kali dalam satu tahun dan lebih sebilion kali jika anda hidup lebih 30 tahun!

3.  Sel darah merah membawa oksigen dari seluruh badan. Ianya dihasilkan dalam tulang sum sum anda.

4  Antibiotik hanya efektif melawan bakteria, tetapi tidak dengan virus. Badan mengambil masa 12 jam untuk menghadam makanan yang dimakan.

5.  Bayi mengelip mata sekali atau dua kali dalam seminit manakala orang dewasa puratanya sekitar 10 kali.

Thursday, 21 May 2015

Menarik mengenai tenaga nuklear





"Banyaknya sisa Uranium, Plutonium...agaknya nak dibuang dimana ya?"


Fakta menarik tentang kuasa nuklear!

1. Radiasi pada dos tinggi menyebabkan sakit dan kematian. Simptom termasuklah sakit kepala yang teruk, muntah dan pendarahan dalaman. Rambut mangsa akan gugur dan kulit akan melepuh dan melecet. Dos radiasi rendah mempuyai kesan jangka masa panjang, seperti kemungkinan mendapat tumor dan kanser yang tidak ketara selepas 30 tahun.


2 Stesen janakuasa nuklear mesti ditutup setiap 18-24 bulan untuk membuang bahanapi Uranium, ataupun sisa radiasi.


3.  Tenaga nuklear digunakan di lebih 30 negara diseluruh dunia dan memberi kuasa pada kenderaan perayau di planet Marikh


4.  Tenaga Nuklear membekalka 20% tenaga di Amerika Syarikat


5. Tenaga nuklear berasal dari Uranium, satu sumber yang tidak diperbaharui dan mesti dilombong


Tenaga nuklear menggunakan kuantiti air yang banyak untuk penghasilan stim dan penyejukan. Sesetengah stesen janakuasa nuklear mengalihkan kuantiti air  yang banyak dari tasik atau sungai, yang memberi kesan keada kehidupan akuatik yang lain dan ikan.


7.  Lebih 70% tenaga bebas asap kotor Amerika Syarikat berasal dari sumber  tenaga Nuklear


8. 1 dari 5 isi rumah dan bisnes di Amerika Syarikat adalah dikuasakan oleh tenaga nuklear.

Fakta menarik mengenai Marie Curie! WOW!





"Membawa bahan beradioaktif didalam poket? Wow"


Marie Sklodowska Curie adalah seorang ahli fizik dan ahli kimia dan peneraju dalam bidang radioaktiviti. Lahir pada 7 November 1867.


The curie melaksanakan tugas yang sukar memisahkan radium daripada bijih picblen. Dari satu tan picblen, satu per sepuluh daripada satu gram radium klorida dipisahkan. Malangnya, Curie tidak menyedari kesan-kesan kesihatan yang merosakkan daripada mengulangi pendedahan radiasi yang tidak dilindungi. Beliau sering membawa tabung uji yang mengandungi isotop radioaktif di dalam poket beliau dan menyimpan dalam laci mejanya, menandakannya sebagai sejenis lampu cantik biru-hijau yang menyala dalam gelap.


Marie Curie meninggal pada Julai 4, 1934 akibat anemia aplastik disebabkan oleh pendedahan bahan radioaktif. Beliau dikebumian di tanah perkuburan di Sceaux, bersama suaminya Pierre. Makmalnya dipelihara di Musee Curie. kerana tahap radioaktif, kertas kajiannya dari tahun 1890-an masih dianggap sebagai bahaya untuk dipegang. Buku masaskannya beradiasi tinggi. , dan sesiapa yang hendak memegangnya hendaklah menggunakan pakaian perlindungan!




Wednesday, 20 May 2015

Kenapa thermometer mengunakan merkuri?




"Nampak raksa bergerak mengikut perubahan suhu memang memukau mata!"

Kebanyakan besi adalah konduktor haba yang baik dan ianya menjadi pejal disuhu bilik. Merkuri adalah salah satu yang hanya kekal dalam keadaan cecair disuhu bilik. Ianya digunakan dalam thermometer kerana ianya mempunyai pemalar yang tinggi dengan pengembangan. Oleh itu, perbezaan sedikit dengan suhu bilik dapat dilihat apabila ianya digunakan dalam thermometer.



Nyumm, nyumm, coklat memang sedap..tetapi jangan jadikannya tabiat untuk kucing anda
dan jadikan coklat sebagai makanan "terakhirnya" 

Boleh tak bagi kucing makan coklat?
Jawapan mudah, tak!
Coklat mempunyai
theobromine dan kafein
. Pada dos yang banyak, theobromine sangat merbahaya kerana kucing tidak boleh menghadamnya seperti manusia. Ini akan memberi kesan pada saraf utamanya dan serangan jantung. Beri sikit memang tiada kesan, tetapi jika memberi banyak terutamanya coklat hitam. Boleh menjadi makanan "terakhirnya" GULP!!

Tuesday, 19 May 2015

Fakta menarik mengenai elektrik!

Fakta mengenai elektrik!




Awas, jangan menghampiri 'saya', nak kejutan elektrik kah?



  • Masyarakat moden bergantung harap kepada kemudahan dan versatiliti tenaga elektrik, ianya memberi kuasa kepada ketuhar mikro anda, meyalakan lampu elektrik rumah, dan membolehkan anda menonton TV dan lebih lagi.
  • Arus elektrik diukur dalam Ampere (Amp)
  • Belut elektrik boleh menjana kejutan elektrik yang kuat , sekitar 600 Volt untuk pertahanan diri dan memburu. Wow, ini melebihi output 415 Volt di Kilang besar dan 240 Volt untuk kawasan perumahan!
  • Potensi tenaga elektrik diukur dalam Voltan ataupun "Volts" dalam bahasa Inggeris.
  • Apabila cas elektrik terbina pada permukaan objek, kamu mungkin merasakan elektrik statik dalam kejutan elektrik yang kecil, yag mana ianya berlaku apabila cas elektrik dineutralkan dengan serta merta oleh caj yang berlawanan.

Bahaya beg udara untuk kanak-kanak!




"Beg udara direka khas untuk keselamatan penumpang, namun jika tidak diendahkan amaran keselamatan
dipapan pemuka, kesudahannya teruk sekali"


Oucchh,
Tahukah anda, kelajuan beg udara mengembang ketika kemalangan adalah 350km/j..Pada kelajuan ini, beg udara mampu meyebabkan kecederaan parah kepada muka serta patah tengkuk terutamanya kanak-kanak....oleh sebab itu kanak2 x digalakkan duduk dihadapan. Biarlah mereka duduk dibelakang walaupun mereka meragam



Tahukah anda?

Tikus merupakan pemakan snek yang terbaik, diet mereka terdiri dari sayuran dan buah-buahan yang enak. Lagipun, tikus tidak mempunyai mata yang elok, mereka menggunakan misai yang comel untuk memahami keadaan sekeliling. Tikus juga pandai berenang sebenarnya!






Pisang ada "nuklear"??
Pisang cukup beradiasi yang ianya boleh mencetuskan penggera di lapangan terbang. Pisang mempunyai 1 pCi/kg dari radon-226 dan 3,520 pCi/kg dari potassium-40.
Kandungan potassium yang tinggi
adalah punca ianya sangat berkhasiat. Anda akan menyerap radiasi tu, tapi tak merbahaya. Untuk mendapat kesan radiasi dan maut, anda kena makan 10 Juta pisang atau 274 pisang selama 7 tahun berturut-turut!
Kentut boleh menghasilkan api!? Biar betul




Memang kentut BOLEH menghasilkan api! Kentut boleh membakar kerana ianya mengandungi gas metana dan hidrogen, keduanya gas mudah terbakar. Kentut juga mampu menghasilkan api biru ataupun kuning

Bagaimanapun, anda patut berwaspada yang seseorang boleh tercedera akibat menyalakan angin kentut. Bukan sahaja api masuk ke usus besar anda, tetapi baju dan sekeliling anda mungkin terkena api. Satu survei telah dilakukan di FartCloud memberi indikasi bahawa suku orang yang meyalakan kentut mereka terkena kebakaran dengan melakukannnya. Nyalaan oleh angin kentut adalah amalan yang merbahaya.


Seni Moden yang mencecah ratusan juta ringgit dan tidak masuk akal!?



Seni Moden Paling Mahal Dan tak masuk akal!!
Satu lukisan abstrak "Onement VI" dilukis oleh pelukis New York Barett Newman yang bertemakan satu lapangan biru serta dicat garis putih telah dijual pada $43.8 Juta (RM 159 Juta) dan harganya melebihi kesemua "penthouse" yang berada di Manhattan di Amerika
Hanya lukisan bewarna biru dan dicat garis putih sudah meraih ratusan juta ringgit?

Fakta menarik mengenai tenaga nuklear!




Fakta tenaga nuklear, wow!
Memang tenaga nuklear adalah bersih, hasil lepasan janaannya hanyalah wap air dan mampu menjana beribu megawatt dengan beberapa kilo uranium jika dibandingkan beratus tan arang yang kotor, namun jika berlaku kecelakaan, ianya sangat teruk dan menyebabkan sesebuah bandar tidak boleh didiami selama 1,000 atau 20,000 tahun! Uranium juga amat merbahaya kepada alam sekitar. Tertelan debu Uranium juga akan menyebabkan maut!
Uranium mempunyai kadar mereput yang lambat dan mempunyai jangka hayat 4.5 Bilion tahun